2017年9月21日星期四

TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN

Pembacaan perlahan mengandungi dua teknik iaitu teknik SQ3R dan teknik KWLH.  Kaedah pembacaan perlahan juga dikenali sebagai teknik pembacaan kritis.  Teknik pembacaan ini dapat membolehkan kita memperoleh maklumat dengan lebih berkesan.

TUJUAN :
  • Untuk membuat analisis
  • Supaya lebih faham
  • Dapat menilai bahan bacaan
  • Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
  • Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan

1.0 TEKNIK SQ3R
  • SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
  • Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan
S - Survey (mengkaji)
  • Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
  • Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
  • Baca keterangan, carta dan grafik
  • Baca rumusan
  • Melihat bagaimana maklumat disampaikan
  • Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q - Question (menyoal)
  • Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
  • Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
  • Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
  • Bersoal jawab dengan rakan-rakan
  • Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab
3R - Read (membaca)
  • Baca perlahan pada petikan yang sukar
  • Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
  • Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
  • Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
  • Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci
3R - Recite (menyebut)
  • Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
  • Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
  • Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
3R - Review (mengulas)
  • Ulas semula maklumat yang dibaca
  • Ulas soalan dan jawapan
  • Buat ulasan nota
  • Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
  • Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar

2.0 TEKNIK KWLH
  • Digunakan untuk membantu pembaca berfikir ketika membaca
  • Diasaskan oleh Donna Ogle pada tahun 1986
K - Know
  • sebelum membaca
  • apa yang telah diketahui
W - Want
  • sebelum membaca
  • apa yang hendak diketahui 
L - Learned
  • selepas membaca
  • apa yang telah diketahui
H - How
  • untuk pembacaan seterusnya
  • bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan

Contoh-contoh :
Dalam konteks pengajaran, para pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti ini. Contohnya, borang KWLH.


TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU :
  • Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
  • Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
  • Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
  • Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
  • Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR :
  • Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
  • Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
  • Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan

REFLEKSI
Membaca merupakan suatu perkara yang tidak asing bagi seorang penuntut ilmu. Namun, bukan semua penuntut ilmu mengetahui teknik membaca yang betul. Dengan adanya teknik yang betul, pembacaan dapat dipermudahkan dan dapat memperoleh satu keputusan akhir yang bagus. Teknik membaca juga membantu kita untuk menjimatkan masa pembelajaran kita .


没有评论:

发表评论

TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN Pembacaan perlahan mengandungi dua teknik iaitu teknik SQ3R dan teknik KWLH.  Kaedah pembacaan perlahan juga di...